Bismillah.
Hari ini 23 September 2008 = 23 Ramadhan 1429 merupakan hari lahir isteri dan ibu kepada anak-anak aku. Bersamaan pula dengan National Day bagi Kingdom of Saudi Arabia. Maka kami disini pun diberi satu hari public holiday. Oleh yang demikian ada antara kami yang tak tentu arah dah... mana nak pegi ni? Mekah or Madinah? Biasalah duit tengah lebatlah katakan...
So, sempena hari kelahiran isteri dan ibu kepada anak aku ini, aku nak ucap 'Selamat Hari Lahir' semoga dengan bertambahnya usia, makin bertambah pula hendaknya ketaqwaan kepada Allah SWT, justeru menjadi contoh tauladan kepada anak-anak kita. Selain itu bertambah pula kematangan dalam setiap urusan... Maklumlah...sedang berjauhan dan banyak urusan suami yang terpaksa digalas olehnya dengan penuh didikasi. Emm satu pengorbanan, sumbangan yang tidak terbalas oleh suami-suami yang berjauhan dengan isteri seperti kami. Alhamdulillah. Aku amat menghargainya kerana semuanya ditangani dengan baik.
Begitulah hebatnya isteri yang memahami karier suaminya. (Ewahh macam artislah pulak..). Maka benarlah pepatah melayu berkata, "Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan. Sayangkan anak, tangan-tangankan". Bila berjauhan ni rindu dendamnya lain sikit. Itu yang rasa sayangnya lain macam jer... Keluarlah semula kata-kata seperti dalam percintaan dahulu. "I love you", "I miss you", yang sudah lama tidak disebutkan, kini terbit semula dibibir masing-masing. Emm jelaslah bahawa bila berjauhan ini ianya akan menambahkan lagi perasaan kasih sayang. Kalau tak caya, tanya semua suami-suami yang ada kat sini..
Pokoknya berjauhan ini tidaklah sama sekali menjadi punca kerengangan rumahtangga. Malah ianya menambah eratkan lagi rasa kasih sayang terhadap isteri dan anak-anak, sebenarnya. Kalau tidak caya, jomler berhijrah ke sini. InsyaAllah... semuanya okey.
Finally, Selamat Hari Lahir kepada isteri dan ibu kepada anak-anak aku yang tersayang.. (haa kan dah terkeluar kata sayang) Tu pun tak caya lagi? Hahaha... Come on brother-brother yang dah pegang offer letter ditangan. Tunggu apa lagi?
Sekian
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment