Sunday, September 28, 2008

Percutian Panjang Bermula

Bismillah
Hari ini 24hb Sept, ramai sahabat-sahabat kita yang dapat bercuti telah berlepas meninggalkan kami disini untuk berhari raya ditanahair. Hari yang ditunggu akhirnya tiba bagi diaorang yang dah ada tiket ditangan. Sememangnya semenjak bermulanya puasa lagi diaorang sudah sibuk bercerita pasal nak balik kampung.

Di sini, Yansab declare hari bercuti bermula 27, 28, 29, 30 Sept dan 1 Oct iaitu sebanyak 5 hari holidays. So jumlah semuanya apabila di'include'kan sekali hari off (khamis dan jumaat), maka ianya menjadi 9 hari. So tambah sikit dengan annual leave yang ada, bolehlah jejak 2 minggu. Maka, dapatlah mereka-mereka yang layak bercuti, untuk bercuti raya di kampung masing-masing.

Manakala kepada mereka yang diperlukan bertugas macam aku ni.. kena OTlah jawabnya. Bukan apa, terpaksalah cover kawan-kawan yang nak bercuti tu.. Aku involved dalam aktiviti loop check bersama Technip personal. Taklah susah sangat...cuma penat duduk depan board jer. Ada juga yang melahu tak buat apa selama waktu cuti tu. Ada juga yang menganbil peluang untuk puas-puas beriktikaf di Mekah ataupun Madinah.

Oleh kerana kesibukan tersebut, tak sempatlah aku nak menghantar kengkawan ke airport. Dengan kesibukan itu juga, tidaklah terasa sangat impact tak dapat balik beraya. Lagipun memang kawan serumah di Radwa 3 ni, semuanya tidak balik. Kami akan sambut aidil fitri tahun ini di rumah sajalah jawabnya.

Kepada rakan-rakan semua, aku ucap selamat hari raya, maaf zahir batin. Mintak maaf ler bebanyak dari ujung rambut sampai hujung kaki. Termakan, terkata yang salah...haraplah di maafkan. Koson-koson ok! Kalau datang sini buat umrah, jangan segan-segan to call me. Kita boleh jumpa di Mekah, insyaAllah. Duit raya tu buat-buatlah gi umrah k.

Sekian

Wassalam

No comments: