Sunday, September 21, 2008

Cerita Ceriti 21 Sept : Gaji daaa

Assalamualaikum.. Emm dah lama juga tak update blog ni. Bolehlah dikatakan sibuk dengan kerja dan kehidupan seharian. Biasalah.. bila dah duduk membujang ni, kenalah basuh baju sendiri, lipat baju, memasak dan macam-macam lagi nak kena buat. Nak ngeteh lagiii... Haiii sibuk sesangatlah....

Hari ini 21 September, genaplah 21 hari kita berpuasa. Dah masuk 10 last ramadhan yg didalamnya tersembunyi malam lailatu qadar. Nampak gayanya kat sini taklah semeriah seperti di PG. Kalau di PG, mesti team ustaz Esa dah mula beriktikaf di mesjid. Mula jam 11 malam dengan tazkirah, kemudian tidur beramai-ramai di mesjid. Kemudiannya jam 4 pagi kita mula solat malam yang diimami oleh ust Esa, samapilah waktu bersahur. Itulah aktiviti 10 last, kalau di PG.

Kat sini nampaknya slow sikit... Malam tadi ada juga jenguk-jenguk mesjid-mesjid disini, macammana diaorang buat di 10 last ramadhan ini... Macam okey jugak. Tapi kalau bersendirian, memang susah kita nak memulakannya... Emm itulah pentingnya bergerak dalam jamaah. Kalau tak join sendirilah yang rasa kerugiannya. Kena ada penggerak yang memulakannya. Itulah namanya initiator. Initiator tu yang penting! Kalau initiator tu kita brandkan dia dengan nak menunjuk-nunjuk, maka yang ruginya adalah kita.
Bila jiran kita, setiap masuknya waktu, lalu segera ke mesjid untuk solat berjamaah, adakah kita kata dia nak menunjuk-nunjuk dengan kita dengan berkata "Eleee nak tunjuk alimlah tu...". Kenapa tidak terus bermuhasabah diri dengan berkata: "Kalau dia boleh solat berjamaah, kenapa aku tidak boleh? Keuzuran apa yang ada pada aku?". Macam itulah sepatutnya kita melihat sesuatu kelebihan orang lain secara positif. Tidak kiralah kelebihan apa sekali pun, asalkan ianya masih di benarkan syarak. Samada dalam urusan akhirat mahupun urusan dunia.

Hari ini, for info, aku dah mula mendapat gaji yang pertama. Alhamdulillah... banyak pulak tu. Masing-masing senyum jer bila tengok screen di ATM terteralah angka 5 digit. Paling sikit pun 10K kot. Masing-masing dah mula mengira dah.. apa yang nak dibeli. Yang memeranjatkan ialah pemungut hutang, seawal jam 5 pagi sudah menziarahi kami. Hebat seyyy.

Kepada mereka yang akan balik bercuti... seronoklah berhari raya dengan poket penuh berisi. Kepada kawan-kawan yang beraya di rumah mereka-mereka yang balik dari KSA, mintaklah duit raya lebih sikit daripada diaorang ni. Kepada yang tinggal macam aku ni, kenalah buat OT sepanjang percutian rakan-rakan yang bercuti. Memang terpaksa cover beb... Kalau tidak diaorang tidak dibenarkan bercuti. Emm kalau satu kong = 1000, sepuluh kong berapa beb? 10K beb... Riak? Taklah.. give and takelah beb. Dah tidak dapat balik raya, kenalah ada balas ganjaran lainnya...

Oklah dah banyak dah ni... nanti ada pulak yang tak puas hati..

Wassalam

No comments: