Sunday, September 21, 2008

Cerita Pasal Bank di KSA

Assalamualaikum.

Bercerita pasal bank, kat sini pelik sikit bankers-bankersnya. Tak macam bankers di Malaysia. Kat sekitar sini, apu yang aku perhatikan ada bermacam-macam jenama bank. Diantaranya ialah, samba, sabb, ar-rajhi... lagi apa yek....susah pulak aku nak sebut. Tapi yang popular dikalangan kami...tulah 3 bank tu. Yang lain tak pernah dengar langsung bunyinya.

Cerita pasal pelik, pelik yang jatuh ditangga pertama ialah, diaorang ni suka nak bagi loan kat kita. Belum pun buat akaun, dia dah heret kita supaya buat pinjaman. Tak perlu gerento-gerento! Tunjuk jer surat company (YANSAB), terus jer apply dan sertakan sekali surat potongan gaji dan payslip. 2,3 hari lepas tu, keluarlah loan tersebut. Ehhh senangnya diaorang nak bagi duit kat kita. Gitulah peliknya samba bank (Saudi American Bank). Tgk kaler bank tu, diaorang cakap ada bau-bau bacang dengan citibank.

Pelik yang ditangga ke-2 ialah, diaorang ni buat layan tak layan je bila ada customer nak buat akaun. Processnya, alahaiii penat tengok. Diaorang tak terkejar-kejar untuk mendapatkan customer. Kalau nak buat akaun tu, makan masa setengah hari ler jawapnya. Azan zohor jer, diaorang akan tutup bank. Kalau kita ada dalam bank, dia halau kita pergi solat dulu. Haaa yang ni memang best. Hal dunia, dibelakangkan. Tak de yang lebih utama daripada seruan azan tu. Kalau bab ni, banker kita pulak yang pelik.... buat tak dengar jer azan. Solat dikerjakan bila hal dunia sudah diselesaikan.



Lagi satu hal pelik ialah, kalau kita simpan duit di dalam bank-bank diaorang, kita akan dikenakan charge kerana suruh dia tolong simpankan duit kita. Nak dapat faedah dari simpanan? Tak dapat beb! Kita kena bayar perkhidmatan tolong simpankan duit kita pulak. Baru betul... ye tak?

Emm macam gitulah kalau negaranya kaya... tak heran sangat dengan duit ni. Yang tak bagusnya, servisnya slowlah sikit...pasal tidak ada apa yang diaorang nak kejarkan? Kejar duit? Duit dah banyaklaaa... Sampaikan tak nak simpankan duit orang... tapi sungguh-sungguh nak bagi pinjam kat kita pulak. Nampak sangat duit tak tahu nak buat apa...

Sekian

Wassalam

No comments: