Sunday, September 21, 2008

X-TITAN DI SABIC, YANBU.

Bismi Allah.
Semalam kami buat perhimpunan bagi semua kakitangan-kakitangan x-titan di YANSAB yang bertujuan semata-mata nak ambil gambar. Nak 'menunjuk-nunjuk'kan muka yang kami kat sini sehat, ceria dan seronok selalu. Bagaimanapun terdapat juga 5, 6 orang x-titan yang segan nak 'menunjuk-nunjuk'kan muka untuk bergambar bersama. Diantaranya ialah Syeikh Zainuddin Abdul Wahab, Syeikh Jaafar ibnu Selamat, Syeikh Nahar ibnu Salleh, Syeikh Azali, Syeikh Yunus, Syeikh Azhar dan beberapa orang Syeikh lagi.

Yang nampak ganasnya ialah, antara kami, ramai yang memakai uniform Titan. Ini salah satu promosi free memperkenalkan Titan di timur tengah. Jadi kalau nak cari pekerja lagi... carilah di Titan. Ini kerana x-Titan terbukti bahawa prestasi kami tidak menghampakan. Kita boleh beat Indian dan Indonesian kat sini. Pak Arab pun 'tabik spring' kat kita. Cuma harap-harap jangan ada yang 'buat taik' dah ler. Nanti kerana taik cicak seketul, habis dibuangnya nasi seperiuk. Hahaha tak gitu?

Yang dua orang lagi sahabat aku tu... nak tunggu apa dol? Jom ler... kami menunggu kedatangan kalian, insyaAllah. Yang tak kering-kering hati tu, melangkah sajalah ke pintu pesawat. Automatik hati tu akan kering. Kalau tak dimulakan langkah, sampai bila nak kering beb?

Sekian

Wassalam

No comments: