Tuesday, September 16, 2008

Mengeteh di Yanbu (Balad)

Bismi Allah.
Selepas sebulan di tanah Arab ni, akhirnya kami jumpa juga 'warung' roti canai dan teh tarik di sini. "Warung' tu terletak di pekan Yanbu yang bernama BISMI CAFETERIA.Gambar: Inilah dia BISMI CAFETERIA yang menyediakan makanan macam kedai mamak.

Walaumacamanapun, kami masih belum menjumpai kedai mee goreng mamak. Belum habis explore lagi agaknya. Tapi. dapat roti telur dengan kuah kari kambing, pun dah kira okeylah jugak. Siap ada teh tarik lagi...
Gambar: Tu dia.. kaki-kaki ngeteh dari Malaysia. Masih mencari mee goreng mamak....
Bukan senang nak cari kedai roti canai kat tanah Arab ni... Guanne boleh jadi macam ni? Siasat punya siasat, rupa-rupanya, salah seorang perkerja Bismi Cafe tu pernah berkerja di Malaysia.. Patutlah dia tahu selera kitaorang. So, kalau kitaorang datang.... mesti pekena teh tarik.

Gambar: Tuuu dia. Hidangan roti telur dengan kuah kari kambing. Rotinya besar beb...

Gambar: Emm dah lama tak pekena roti telur. Ok gak!

Begitulah akhirnya... terubat juga rindu roti canai n teh tarik... Kalau di'explore' lagi ni, mungkin boleh jumpa mee goreng mamak, rojak mamak, rojak asma, tom yam dan macam-macam lagi makanan yang biasa kita makan di kampung.
Sekian.
Wassalam

No comments: