Sunday, September 7, 2008

Cerita Tentang Plant

Bismillah.
Tadi, sabtu 6 sept merupakan minggu ke-4 aku di YANSAB. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Untuk pengetahuan, aku di'assign'kan di area cold box, Demethanizer, Cooling Water System, Oily Water Sewer, Clean Strom Water dan Fire Monitor & Hydrant sebagai area khusus. Kalau board, aku kena jaga dari CGC to cold box, deMethanizer. Emm kira okeylah tu.

So, hari ini aku pertama kalinya masuk ke plant area, di'assist' oleh Majid. MasyaAllah... besar gila plant YANSAB ni!!! Kalau walk awaynya... boleh 2 bas masuk dalam plant. Bayangkanlah keluasannya. Tower C2 Spliternya sebesar quench tower kat Titan tu. Besar banget! Control valve, block valve? Setinggi rumah dia punya valve stemnya pun ada. Aku cuma boleh jalan-jalan di ground floor saja. Kerja-kerja construction masih giat dijalankan. Sana sini tengah welding, grinding and etc.

Sampai di furnace... masyaAllah..besarnya furnace!! Aku rasa 5 kali ganda besarnya kot berbanding Titan. Siap ada lif untuk ke setiap level. Effluent line ke quenchnya... perghh malas nak cerita. Semuanya besar-besar belaka.

Aktiviti sekarang ni, adalah kerja-kerja steam blowing, cooling water flushing dan pre-punchlisting. Tu ajelah. Tu pun terbatas pasal kerja-kerja construction masih banyak. Susah nak berjalan di bawah equipments.

Cerita CCR pulak, dia panggil CCB. Pun sebesar Tecso kot. Kalau CCR titan tu.. untuk olefin dan B-BTX saja. Utility, EG sama waktu saiznya. Memang besar beb. Suraunya pulak boleh memuatkan jemaah seramai 50 orang kot. Kalau Titan punya surau, paling-paling muat 7 or 8 orang jer.

Pendek kata semuanya besar-besar belaka. Maklumlah capasitinya pun berapa KTA... ye tak? Kesimpulannya... aku berbangga jadi salah seorang Malaysian yang involve dalam aktiviti-aktiviti starting up the largest plant kat planet ni. Come on Bahrin and Bujang!!! Jomlah join seyyy... Satu lagi kita dapat pengalaman teknologi terkini untuk plant olefin. Satu lagi.. insyaAllah kami akan dapat buat haji pada hujung tahun ini atas kouta YANSAB employee. Dan pada 18 september ini, kami akan buat praktikal haji di mekah. Programnya, melawat ke Mina, Arafah, Mudzalifah dan macam-macam lagi. Nak tunggu apa lagi!???

Wassalam

5 comments:

Anonymous said...

nampaknya blog kau ini jadi aljazera lidah resmi sabic untuk kami di titan ni kerana 24jam ada saja yang surf nak tau yang terkini.dengan kehebatan plant yang digambarkan membuat kami teruja.semuga blog ini sentiasa dgn berita terkini dan sensasi hingga menjadi inspirasi untuk kami join jadi sabic family insyaallah.ilalliko amassalama.wassalm.uwais qurni

Anuar Mohd Amaji said...

Jais,
Lagi beso plan nyer..Lagi banyak masalah. wa cakap lu! Tapi kalau Light Separation designed by Linde AG. Insyallah OK. Kalau Stone & Webster tak tau lah plak. Tapi aku boleh agak yg Furnace & Quench area akan bermasalah. Aku refer pada plant kat aku sini. masalah nak separate antara heavy oil dan process water. OK TQ

Anonymous said...

Tak pak lah nua, janji ada bayar nya besar, bila modal besau semua nya akan jadi ok. so ko macam mana masih nak duduk kat sini lagi ker...actually aku suka duduk sini compare pasir gudang..oh ye nak tergelak aku bila baca comment jais control room sebesar tesco..aku pon bangga berkerja kat titan, sebab aku tak pernah jumpa control room sekecil tu utk 7 plant. tak pe jais, tak lama lagi SK TAN, AZMER, MEOR,VISA,RASHID dah nak pencen, boleh ko ganti tempat dia so ko ambik lah kita orang kerja kat sana - kerja sikit gaji banyak ( kalau boleh tak yah kerja langsung )

Anuar Mohd Amaji said...

Geng,
Sebeno nyer aku bangga sangat bekerja di TPC 1 dulu yg mana kerjaya aku sebagai Plant Tech mula bertapak. Siapalah aku nie tanpa cikgu2 drp pioneer group terutamanya Nain, JMD, Nordin, Lobo, Bujang & ramai lagi yg sudi ngajar aku pasal Job 9. Tima kasih la kat korang semua. Jasamu amat dikenang dan mintak halalkan segala ilmu2 tu.

ziz said...

Jais...ko tak kenal ke kawang2 lama kat maintenance..kalau baca cerita ko ..mengeletik kaki kita org nak ikut gi sana..tapi takda peluang2lagi la nampaknya...ko cuba la cari2 kan peluang nutuk maintenance ...dapat keja cuci pelant atau cuci surau pun cukup la..asal di bayar besar..sebab semua nya besar...ataupun peluang niaga macam kedai aku tu...kedai kopi...dalam pelant besar takan tak ada kut..camna pun aku banga dengan ko ....nanti kita sambung lagi ya....selamat berpuasa....semua ...