Thursday, October 30, 2008

Aktiviti Riyadah

Bismi Allah.
Diam tak diam, aku telahpun menjalani 11 minggu kehidupan di sini.. Pelbagai pengalaman yang telahpun aku lalui. Dari hari menandatangani kontrak kerja, medical check-up, buat ID badge, minta PPE, dapat iqamah, buat akaun bank, buat lesen memandu dapat gaji dan macam-macam lagi...baru tadi aku melakukan aktiviti bersukan. Hehehe citer sukan rupanya... Ingatkan cerita panas lagi. Kalau sebelum ini, kami cuma melakukan senaman ringan jari-jari tangan saje...iaitu kira duit. Hahaha....Gambar: Pemandangan di sekitar kolam renang yang bersais sukan MSSD jer....

Gambar: Ha hujung belakang tu tempat kanak-kanak.

Maka tadi aku pun joinlah 3 orang lagi kawan ke sport complex...Tahlah nak kata kompleks macam tak sesua pulak, kerana tempat tersebut hanya menyediakan kolam renang, meja ping-pong dan billiard. Kolamnya pun kecil saja... suku dari sais olimpik. Bolehlah...asalkan boleh 'swimming'. Bagaimanapun aku taklah swimming kerana aku ada susuk besi... Pantang kalau berenang... Tak boleh terapung...asyik nak tenggelam jer. Maklumlah masa aku kecik-kecik dulu tak de main parit atau sungai. Aku main PS3 jer


Aku cuma layan main ping-pong jer...pasal, ianya adalah antara sukan yang aku suka memainkannya selain tenis, sepak takraw, merjam lembing dan lompat tinggi. Setelah penat mengalahkan lawan-lawan dari radwa 6, aku pun balik....
Apa lagi? Balik ler... buat aktiviti macam biasa.
Sekian
Wassalam

JMD@KSA

No comments: