Tuesday, October 28, 2008

Motivasi Di hari Gaji

BismiAllah...
Beberapa tahun yang lalu, aku pernah bertanya kepada seorang kawan aku yang sudah beberapa tahun berkerja di luar negara, dengan pertanyaaan: "Din, macamana? Dah kaya lum?". Dengan malu-malu dia menjawab, "Kaya lum lagi...tapi dalam akaun nampaklah 'figure' 6 digit...". Woww. Tapi dari sudut pandang aku, aku melihat bahawa jawaban itu hanya satu gurauan... Emm masa pun berlalu dan kawan aku tu pun sudah malas nak 'keluar lagi'. Mungkin simpanan dia sudah mencukupi untuk menampung sisa-sisa hayatnya.

Nah sekarang baru aku sedar bahawa sudut pandang aku yang dulu tu, silap rupanya. Sekarang aku sendiri yang mengalaminya... Baru 2 kali gaji, akaun bank aku kat sini dah sekian figure...(malas nak sebut...nanti kata macam-macam pulak, so aku paste ajelah k...). Tapi itulah hakikatnya...


Macamana boleh jadi macam ni? Antara sebab utamanya ialah overtime rate. For informasi, pada suami-suami awak yang basicnya katakanlah 10K, overtimenya satu hari (10 jam) ialah lebih kurang 1K... So, bolehlah mintak lebih sikit kat laki masing-masing. Hahahaaa... Tu belum masuk shift lagi tu...

Kenapa masih teragak-agak untuk bertindak? Setahun cuma sekali balik jer? Yer by agreement memanglah macam tu.. iaitu company cuma tanggung air tiket kita sekali saja dalam setahun. Heyy bro... duit dah banyak, belilah tiket sendiri beb!!! Baru 3 ribu lebih dari 20 ribu lebih tu... Berapa sangatlah.. Tiap-tiap bulan boleh balik.

Satu lagi...jangan lupa. Kawan kita, Jeff (bukan nama sebenar) berpesan bahawa bukan semua duit tu hak kita... ada hak orang lain.. hak anak-anak yatim, janda-janda, fakir dan seumpamanya. Macam ada apa-apa jer bunyinyer tu... kan kan kan...

Bagaimanapun aku melihat dari sudut pandangan yang menunjukkan bahawa mereka itu memang tidak mahu bertindak. 'Dah rezeki macam tu'.. kata dia. Anyway... ianya bukan salah aku, juga bukan salah dia...

Sekian
Wassalam

JMD@KSA

5 comments:

X-YB Team A said...

salam dol....
aku nasihatkan ko jgn tulis artikel camni lagi...
byk mudarat dari manfaat...
aku doakan ko sentiasa sihat dan bertambah taqwa ...amin

Kodokhitam said...

Assalamualaikum wbt...

Aku rasa post ko yg ni adalah kesilapan ko terbesar...sekali imbas pun orang bole nampak betapa riaknya ko ni. Mungkin just bergurau, tapi tak kena tempat dan bila lihat perwatakan ko aku cam tak caya yang post ni ko yg buat. Istighfar banyak2 yer...

Anonymous said...

>>Aku rasa post ko yg ni adalah kesilapan ko terbesar...sekali imbas pun orang bole nampak betapa riaknya ko ni
=> bro! kena taubat nasuha nie... salah satu cara dermakan sikit duit2 yang ko taburkan tuh!! kita kat sini tengah cari dana untuk air-con kan surau al-bararah..... budget dlm RM15,000.++. Tolong tong-tongkan dari brader-brader kat sana yek!!! kalau ok jer... nanti kawan bagi no Hj Zul adek ipar Ust Mat Esa punya no Acc.... baru selesa sikit nak dengar kuliah.....hihihihi.....

Anonymous said...

Salam
Aparaa tukang2 komen...
ko tak baca ke...dah tajuk pun "motivasi di hari gaji"...
si jais ni bukannye nak riak...
just nak motivate korang jer...
lagipun hal hal riak ni tuhan saja yang tentukan....dah kalau si jais ni ikhlas tulis artikel ni camna ? korang yang nuduh si jais ni riak apa cerita ? tak dosa ke ?
senang cerita aahh lu pikir la sendiri !!!!!

Anonymous said...

jeles lettewww