Saturday, October 25, 2008

Dalam Kenangan 2

BismiAllah.
Hari ini, off day aku...tapi kena turn kerja OT.. Tapi kawan-kawan serumah aku yang lain, semuanya dengan aktiviti masing-masing. Ada yang ke Mekah, ada yang ke Madinah dan ada juga yang ke Jeddah. So.. terasalah sunyinya...

Di kesunyian inilah aku membelek-belek gambar lama dengan kawan-kawan. Kalau belek gambar anak bini.... rasa nak balik meluap-luaplah pulak. Anyway, insyaAllah aku akan balik ke tanahair ujung tahun ni... flight tiket dah booking tu... Emm bolehlah jumpa anak-anak dan bini-bini... Hahahahaa

Tu diaaa aku. Kalau P.Ramlee kata, "Cantik tak da, manis ada". Tapi aku, semua ada... hahaaa. Seingat aku, gambar ni diambil sewaktu aku acting... Wak Joul cuti. So, ini CCR akulah yang punya. Hahahaha jangan marah ler. Ada pulak kawan yang siap dengan tripod lagi... maklumlah...dah nak berentilah katakan.

Tapi memang macam tu ler... takkan nak rakam gambar dalam kepala hotak aku? Tak dapatlah nak share ngan kawan-kawan nanti. Yer tak?

Gambar: Encik Kadir, perut kasi adjust sikit lerrr... Ada 2 srikandi team D. Satu Kak Ros punya, Yang satu lagi.... akulah yang punya... hahahaha. Jangan marah, nanti kena jual. Eh mat sah mana?

'Tempat jatuh lagikan dikenang... inikan pula tempat bermanja'... ewahh... Apa taknya..disinilah aku mengalami proses pendewasaan. Dari lepas belajar sampailah dewasa... 15 tahun tuuu. Kalau masa tu aku berumur 10 tahun...tentu sekarang ni aku sedewasa 25 tahun. Kan kan kan. Memanglah banyak kenangannya...

Sorry to Man Karat...aku nak upload gambo dia... tapi line tak clearlah pulak. Anyway aku miss you all.....

Sekian Wassalam

JMD@KSA

No comments: