Dalam segmen cerita-ceriti kali ini, aku ingin berkongsi tentang rutin harian kitaorang dihari berkerja di sini, dari datang kerja hinggalah balik kerja. Bagaimanapun ianya lebih kepada kami di Olefin deparment. Yang Polymer department...aku tak tahu, tapi lebih kurang macam ni jugalah kot
Gambar: Suasana di awal pagi. Berpusu-pusu mengambil shuttle masing-masing.
Waktu berkerja kami disini ialah dari jam 07:30 hrs to 16:00 hrs. So pada kebiasaannya kami bergerak ke tempat kerja ialah pada jam 07:00 hrs. Perjalanan dari rumah kami iaitu RC to Yansab memakan masa 10 minit.
Sesampai saja di tempat kerja, ada yang terus menuju ke kantin untuk mengalas perut atau terus saja mengambil shuttle untuk menuju ke lokasi masing-masing. Kalau aku, aku terus menaiki shuttle untuk melapor diri di Technip office. Kenalah menandatangani sheet attandence di bilik supervisor. Biasanya aku makan sedikit roti atau nasi goreng di rumah.
Gambar: Inilah 'shuttle'nya. Bas berkapasiti 20 or 30 penumpang. Ada 6 biji..tapi drivernya 3 je.
Selepas melapor diri, aku akan buat air di pantry dulu...ngeteh dulu beb! Kurang lebih jam 08:30 hrs aku akan menaiki shuttle untuk menuju ke control room. 5 minit je perjalanannya. Sesampai saja di control room, kami dok berborak dulu...biasalah bila dah berkumpul ramai-ramai...macam-macam citer yang diketengahkan. Antaranya cerita-cerita dari blog, polygami, menyakat kawan-kawan dan etc. Cerita plant? Emm jarang menjadi hot topik.
Kemudian, kami bahagikan boardman kepada 2 group. Yang pertama, akan mengikuti Technip di panel untuk loop check (4 orang jer) dan yang selebihnya, buatlah aktiviti bebas...iaitu samada teruskan berborak atau pergi ke plant atau membaca manual ataupun tidur jer. Hahahah...
Gambar: Inilah teruna60 yang menjadi kekeliruan Man Qarat. Baca manual pun pakai helmet!
Tepat jam 11:00 hrs, biasanya, contractor-contractor berhenti buat kerja untuk makan tengahari. So kami pun beramai-ramai menunggu shuttle untuk pergi ke kantin. Selesai makan, kami akan ke surau bersebelahan kantin untuk beriktikaf dengan membaca al-quran atau 'khailullah' iaitu tidur sebentar sebelum zohor. Sekarang ni waktu zohor ialah jam 12:12 hrs.
Selesai zohor, kami akan menuju semula ke control room dengan menaiki shuttle lagi... Pada sebelah petang, pun macam sesi pagi... dibahagi kepada 2 group. Cuma kali ini yang buat loop check akan kena stay sampai jam 18:00 hrs (OT 2 jam)... Yang ni aku jarang buat... Malas nak stay!
Gambar: Masing-masing pegang bahan bacaan.. Teruk beb! Dah tua-tua mcm Jaqfar pun kena belajar...
Gambar: Tengok tu abang Jaqfar kita... kat mana-mana pun dia ada...
Lebihkurang jam 15:15 hrs, kami akan lagi sekali menunggu bas untuk balik. Biasanya kami akan solat asar dulu di surau berhampiran kantin. Sekarang ni waktu asar ialah jam 15:25 hrs. Selesai saja solat berjamaah, kami pun menuju ke kenderaan masing-masing untuk balik ke sarang masing-masing.
Macam tu kitaran kehidupan kami di sini di hari-hari berkerja. Makan, tidur, kerja....makan tidur kerja.... makan tidur kerja... makan tidur kerja....
Sekian untuk makluman.
Wassalam
1 comment:
makan, tido, keja...makan,tido, keja....aik...tido je laaaaa...
Post a Comment