Bismi Allah.
Dari Ibnu Umar, riwayat Imam Ahmad, Rasulullah bersabda:
'Wahai kumpulan wanita, banyak-banyaklah kamu bersedekah kerana aku melihat dari kalangan kamulah yang paling banyak masuk neraka. Ini kerana banyaknya laknat menceritakan tentang kamu dan juga kamu tidak berterima kasih kepada suami. Aku tidak melihat oang yang kurang akal dan agamanya dapat mengalahkan yang bijak selain dari kalangan kamu juga'.
Mendengar yang demikian seorang wanita bertanya: 'Ya Rasulullah, apa maksudnya kurang akal dan agama?'
Rasulullah SAW menjawab: 'Kesaksian dua wanita sama dengan kesaksian seorang lelaki. Ini bererti kurang akal. Dan berlalu beberapa malam kamu tidak solat (kerana haid), begitu juga di bulan Ramadhan kamu tidak berpuasa. Ini bererti kurang agama'.
> Di sini jelas bahawa populasi neraka adalah kebanyakkannya dari kalangan kaum perempuan. Bagaimanapun, ada kaum wanita yang menjawab, 'ini kerana wanita memang lebih ramai dari lelaki di dunia ni...'. Aku pula menjawab: 'kalau wanita lebih ramai... kenapa tidak dia yang mendominasi syurga?'. Betul tak?
> Sepatutnya, kaum ibu kena ambil perhatian di sini bahawa penyebab kebanyakkan mereka ke neraka adalah kerana tidak berterima kasih kepada suami. So, belajar-belajarlah untuk berterima kasih pada suaminya. Tapi macammana ye? Dalam hal ini, dari Ibnu Abbas, riwayat Imam Bukhari.. (hadis panjang yang diringaskan untuk ambil pointnya saja):
'...kemudian ditunjukkan kepadaku neraka. Aku belum pernah melihat keadaan seperti itu melainkan hari ini. Aku lihat kebanyakkan penghuninya adalah kaum wanita".
Mendengar yang demikian kaum wanita bertanya: 'Mengapa begitu ya Rasulullah?' Rasulullah menjawab: 'Kerana mereka ramai yang kufur'. Kaum wanita bertanya lagi: 'Apakah mereka kufur kepada Allah?'. 'Mereka tidak berterima kasih kepada suami dan tidak mengenang budi. Kalau engkau berbuat baik kepada salah seorang mereka sepanjang masa, kemudian melihat sesuatu yang kurang baik, maka dia akan berkata, "engkau tidak pernah berbuat baik kepadaku"...jawab Rasulullah.
> Haa tu dia.. pendek kata, janganlah ringan sangat mulut untuk menyakitkan hati suami. Tu saja petuanya. Sebab tu.. orang perempuan ni mudah sangat untuk masuk syurga kalau dia tahu. Cuma buat yang difardukan ke atasnya, dan taat pada suami... settle.
> Satu lagi, Rasulullah memberi tips supaya memperbanyakkan sedekah. Sedekah ni bukan dengan duit saja... senyum pun sedekah. Apalagi dengan tugasan biasa seorang isteri/ibu kepada suami dan anak-anaknya...? Perghh besar pahalanya. Tapi awas! Berhati-hatilah dengan perkataan yang bisa menyakitkan hati suami!. InsyaAllah.
> Yang lelaki pun jangan lupa... kalau si isterinya ke neraka, belum tentu si suami boleh ke syurga! Kenapa? Pasal kita tidak bimbing didik ajar isteri ler.. Mereka tu dibawah tanggungan kita.. pasti akan ditanya segala-galanya. So untuk selamat... kita mesti tunaikan tanggungjawab itu dengan mengajar, membimbing, mendidik isteri-isteri kita dengan ilmu-ilmu agama. Bila dia menjadi orang yang faham agama...insyaAllah akan bersama di sini dan juga di sana.
> Macam tulah.. kita ni pemimpin kepada keluarga kita. So dipertanggungjawabkan ke atas kita akan mereka yang dibawah pimpinan kita. Bukan tugas mudah tu wahai lelaki!...
Oklah cukup untuk kali ini. Mudah-mudahan memberi sedikit manfaat. InsyaAllah...
Sekian Wassalam
JMD@KSA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment