Sunday, December 28, 2008

Uniform Baru

Bismi Allah.

Assalamualaikum..

Tu dia.. apa yang istimewanya gambar tu? Muka hensem tu jugalah yang menjadi modelnya.. Haa cuma kali ini kitaorang mengenakan pakaian baru yang di'sponser' oleh YANSAB. Kalau sebelum ini kitaorang mengenakan pakaian yang di'sponser' oleh TITAN...tapi mulai saat ini... identiti TITAN disini nampaknya semakin hilang.

Pakaian kerja kami ini dibuat oleh DUPON dengan menggunakan NOMEX...iaitu adunan fabrik dari meta-aramid (93%), para-aramid (5%), carbon/nylon antistatic (2%). Merupakan pakaian untuk protection against fire and electric arc hazards. Kira klass gitu...apa taknya... inilah first time dapat pakai pakaian nomex. Kira macam jakunlah jugak... Apataknya..tiba-tiba dapat bawak ferarri... mestilah jakun. Hehehee...

Walaupun fabriknya berteknologi tinggi...tapi yang tak bestnya bagi aku..ialah kena pakai baju masuk dalam. 'Tight in' beb! Tak pernah aku 'tight in' macam ni. Rasa janggal gitu... Memang tak sesuai pun dengan work nature macam kita ni berpakaian ala pejabat. Bagaimanapun kitaorang dapat juga sehelai yang dari jenis coverall. Kira okeylah... Satu lagi yang aku kurang kenan, ialah kalernya tu.. Bajunya berwarna lebih kurang coklat cair..(sapa duduk felda..ingat tak...apa namanya ek.. polisco? alahh polis felda yang jaga orang felda cuba curi-curi jual ojol kat luar). Haa lebih kurang macam tulah kalernya. Seluarnya pulak berwarna biru gelap...(no komen pasal seluar).

So, kalau ada sapa-sapa yang berminat untuk memakai pakaian macam ni bolehlah order terus ke email: personalprotection@usa.dupont.com.

Sekian Wassalam

JMD@KSA

No comments: