Bismi Allah...
Assalamualaikum semua.Rasanya dah masuk 2 minggu aku tak update blog ni. Kenapa? 1, kerana aku busy kat tanahairku. 2, kerana ramai pembaca blog aku ni pergi mengerjakan haji baru-baru ini.
Kepada kawan-kawan yang telah selesai mengerjakan ibadah haji, tahniah. Mudah-mudahan ianya bertaraf haji mabrur. Haji yang diterima...insyaAllah. Yang menghapus segala dosa-dosa kalian. Kepada yang masih 'miss' untuk melakukannya, insyaAllah tahun depan mudah-mudahan ada kesempatannya.
So hari ini 13 Dec, sepatutnya aku akan berangkat pulang ke KSA. Olehkerana ada urusan yang masih belum selesai, terpaksalah aku menunda tiket penerbangan aku kepada tarikh 17 Dec ini. Nasib baik ada lagi kekosongan kerusi pada tarikh tersebut. Aku ada appointment dengan pegawai di Jabatan Hasil Dalam Negeri....urusan apa lagi...kalau bukan income tax.
Sepatutnya ianya sudah selesai sebelum aku berangkat ke KSA pada August yang lalu. Olehkerana CP21 form yang lewat dikeluarkan oleh company lama, terpaksalah aku tunda kepada tarikh 15 Dec nanti. Lagipun gaji terakhir aku masih lagi di'tahan'. Tulah pasal aku terpaksa extend lagi...
Sekian Wassalam.
JMD@tamanscientex.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment