Bismi Allah.
Assalamualaikum. Dah lama juga aku tidak update blog ni.. Kenapa yek? Sibuk kot. Atau mood untuk balik bercuti sudah semakin terasa. Emm mungkin juga... maklumlah sudah 3 bulan tak tengok anak bini di alam nyata... Asyik tengok di alam cyber jer. Mana ada rasa. kan kan... Satu lagi mungkin pasal si Zainuddin dan si Multajam tu dah dok serumah ngan aku... Diaorang ni asyik ajak keluar jerr. Keluar gi makan... Ni (masa aku tulis blog) diaorang tengah makan kat luar. Aku malas nak ikut... sebab tu sempat buat post ni.
Ngomel tentang cuti ni... semalam 26 Nov, seramai 8 orang kawan-kawan di sini balik bercuti. Kalau dari olefin, tak lain tak bukan ialah Jaqpo dan Rosle Jen. Waktu aku tulis blog ni...tentu dia sudah berada di rumah keluarga masing-masing. So, kawan-kawan lama yang nak jumpa...bolehlah terus menjengah mereka...insyaAllah ada kat umah tu... Kalau isteri-isteri yang laki dia kat sini nak kirim apa-apa... bolehlah kirimkan pada mereka. InsyaAllah diaorang boleh tolong kot...
Ngomel pulak tentang aku punya cuti... emm lagi 6 hari lagi beb. Tak sabar rasanya nak naik kapalterbang. Rasanya semua dah sedia kot. Tiket return KL-Senai pun aku dah beli secara online tadi... Tu yang semakin xcited tu... Olehkerana cutinyapun tak panjang... kenalah aku atur betul-betul plan percutian kali ini... supaya yang tak panjang terasa panjang. Hehehhee..
Ngomel tentang haji pulak...emm dari olefin, yang dah confirm dapat mengerjakannya ialah Mr Majid Salleh dan Mr Che Ef saja. Bakal jadi Hj Majid and Hj Che Ef tuuu. Yang lain nampaknya terhalang dengan tugas masing-masing. Biasalah...plant nak start up ni, memang agak sibuk sikit. Ada juga percubaan untuk serah tugas kepada Arabian supaya kita boleh buat haji... tapi tak dapat beb!! Tapi ada juga yang dapat dalam senarai waiting list. InsyaAllah dapat...
Ngomel tentang kerja... for info, 10 Malaysian disini sebagai boardman dan seorang fieldman. So, so far aktiviti kami cuma buat loop check, funcional check, sequence check dan baca SOP. Beberapa minggu ni pun agak perlahan sikit... tah tak tahu plak kenapa. Dan antara major akitiviti yang menjadi penghalang untuk kita buat haji pada tahun ini ialah furnace dry out dan CGC solo run activities. So, siapa lagi yang master area tu? Kalau tak Azali, Fuad (Furnace), Yunus dan Lobo (CGC). Manakala 2 yang lain (KY dan Hj Azhar) akan layan loop check pulak. Dan 3 lagi iaitu Jaafar, Rosle dan aku...balik bercuti daaa... Bagaimanapun harapan kami...pada tahun depan, dapatlah hendaknya untuk buat haji. InsyaAllah...
Oklah sekian saja untuk ngomel kali ini... Lain kali boleh ngomel lagi...
Sekian Wassalam
Regards
JMD@KSA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment