Bismi Allah.
"kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan Yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat); maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka)," (Maryam:59)
Sesungguhnya Allah SWT melaknat seseorang yang mendengar seruan 'hayya Alas-Solah, hayya Alal Falah' tetapi tidak memenuhi dan tidak mengindahkannya. Ibnu Masud berkata: "mencuaikan dan melalaikan solat itu bukanlah bermaksud meninggalkannya sama sekali, tetapi suka melambat-lambatkan, bahkan sampai habis waktunya. Contoh melambat-lambatkan solat maghrib sampai masuknya waktu isyak.
Sa'id Al-Musayyab berkata, orang yang mati sedemikian sedang dia belum bertaubat, Allah janjikan dia dengan Ghayya, iaitu satu lembah di neraka jahanam.
"Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). dan (ingatlah), sesiapa Yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang Yang rugi." (Munafiqun:9). Tak de untungnya menangguhkan/meninggalkan solat semata-mata mengutamakan urusan dunia.
Bagaimanapun apa yang nak aku sampaikan disini ialah bahawa kita dilaknat Allah SWT bila mendengar seruan azan tapi tidak menyahutnya dengan bersegera mengerjakan solat. Dan yang terbaik adalah mengerjakannya secara berjamaah. Dengan kata lain laknat Allah itu menjauhkan kita dari rahmat-Nya. Ingatlah bahawa tak de sorang pun masuk syurga kerana amalannya... tapi dengan rahmat-nya jua. Kalau kita dijauhkan dari rahmatnya... malanglah kita. Betul tak?
Kat sini, alhamdulillah... kerana suasana persekitarannya mencetus kita sentiasa bersegera mengerjakan solat secara berjamaah... termasuklah di tempat kerja. Yang bestnya, even General Manager pun sama-sama bersolat di surau dengan kita.
Akhir kata, berusahalah untuk sentiasa dibawah rahmat-Nya dengan menyambut setiap seruan azan yang diperdengarkan kepada kita. "Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya." (Nisaa 103)
Sekian Wassalam
JMD@KSA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment