Semalam aku mengikuti rombongan untuk new comers (sorang dari Yansab dan 5 dari NatPet) melawat tempat-tempat menarik dan juga bersejarah yang berada di sekitar Madinah. Seperti yang pernah aku sendiri alami.. kami melawat medan Badar, Uhud, Mesjid Quba, Ladang kurma, unta, mesjid qiblatain dan akhirnya mesjid an-Nabawa as-Sharif.
Kalau didalam blog yang lepas aku bercerita tentang tempat-tempat yang aku ziarahi itu (sila klik pada August post). So kali ini aku nak bercerita tentang ziarah ke perkuburan Baqe'.
Sebelum ini aku tidak sempat untuk berziarah ke perkuburan Baqe'. Tadi, alhamdulillah aku berkesempatan dan berpeluang melakukannya. Sebelumnya, gate tanah perkuburan tu.. tak pernah aku lihat terbuka. Mungkin dengan kehadiran ribuan jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia, juga berkebetulan pada hari jumaat... pintu utama ke perkuburan itu dibuka kepada pengunjung. So, selepas selesai ziarahi Rasulullah SAW, Abu Bakr dan Umar, aku terus keluar dari Babulbaqe' menuju ke perkuburan Baqe'.
Gambar: Berduyun-duyun datang berziarah. Teruk juga kena hempit-hempit di entrance.
Gambar: Antara kubur sahabat besar yang terletak di pintu utama.
Gambar: Antara kubur sahabat besar yang terletak di pintu utama.
Gambar: Nun jauh disana, kelihatan kubah hijau.. letaknya makam Nabi.
Aku ingat kawasan perkuburan ni kecik jer... tapi, punyalah luas...tak habis aku ronda. Lebih kurang separuh kawasan, aku pun menuju keluar dari perkuburan Baqe'. Emm satu pengalaman yang indah. Mereka yang terpilih saja dapat bersemayam disini...bersama sahabat-sahabat besar Rasulullah, para tabi'e juga tabi' tabi'e.
Gambar: Cuma batu jadi tanda... bukan batu nisan. Langsung tak bernama...
Gambar: Cuma batu jadi tanda... bukan batu nisan. Langsung tak bernama...
Aku pun terus menuju hotel untuk tidur-tidur...
Sekian dulu untuk kali ini.
Wassalam.
1 comment:
hi abang ittewww.. nice blog.. salammmz
Post a Comment