Bismi Allah.
Minggu ini adalah minggu ke-12 dan lagi 4 hari...genaplah 3 bulan aku di Saudi. Hari ini 9 Nov adalah antara hari yang paling 'best' apabila perancangan untuk balik bercuti pada 3 dec nanti telah pun di'approve'kan. Perghhh seronoknya.
Mood nak balik pun sudah mula terasa. E-tiket pun aku dah beli pada minggu lepas lagi... Aku akan berangkat dari Jeddah pada 3 Dec, jam 9 malam dan tiba di KLIA pada 4 Dec jam 10 pagi waktu Malaysia melalui pernerbangan MAS.
Kalau nak diikutkan seperti apa yang tertera di dalam kontrak, kita cuma boleh balik sekali dalam setahun. Yer betul sekali dalam setahun untuk tiket yang disupport oleh company...tapi dengan duit sendiri, seminggu sekali pun boleh.... Tambang return flight baru 4K. Tu kalau MAS. Tapi kalau pakai system pernerbangan selain MAS, 3K pun ada. Murah kan? Tidak boleh jadi alasan untuk tidak mencuba disini.
Single package? Sekarang ini sudah ramai yang berstatus single package yang membawa anak bininya kesini. Antaranya, Rizal 'Gayat', Samkey, Zikhan, Wan Azmi Gati dan beberapa nama lagi...termasuklah Lobo. Dan ramai lagi akan menyusul termasuk Che F, Uda dan dua tiga orang dari rumah aku ni. Yang family package pun bukan boleh terus angkut anak bini sama-sama pada hari departure tu... At least 2 bulan kena berjauhan sementara menguruskan dokumen untuk 'yellow slip'. Malah masih ramai yang family package masih belum membawa anak bininya kesini
So, sesiapa yang tak boleh berpisah sekejap pun dengan anak bini... tak payahlah berangan pergi interview untuk jawatan di luar negara... kerana tidak boleh tidak, anak bini memang kena ditinggalkan untuk sementara bagi urusan 'yellow slip'...
Akhir sekali...aku dah nak balik bercuti.......Emmmmmm (geram). Hahahaa
SekianWassalam
JMD@KSA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment