Bismi Allah.
4 M. Cogankata Mekah, Madinah, Money dan Marry. Yer tarikan terkuatnya adalah 2 M yang pertama. Manakala 2 M berikutnya hanyalah umpama bonus. Kalau Money menjadi kegilaan, di sini bukanlah tempatnya kepada Malaysian. Mungkin di Qatar, Kuwait, UAE, Oman, blok Europe atau juga Singapura lebih releven. Kenapa? Antaranya ialah conversion duit yang tidak menguntungkan. Kalau 10 ribu, after conversion tinggal 9.2 or 9.3K jer. Kena 2 kali convert...dari SAR to USD to RM. Mana untungnya?
Dengan sebab itu juga, Indonesian dan Indian juga orang Arab sendiri heran...kenapa Malaysian macam aku ni datang sini? Berbanding Indon atau Indian, kalau 5K pun jadi berpuluh-puluh Rupiah or Rupee kat kampung diaorang. Jutawan belaka. Satu lagi..pak Arab pun tahu, Malaysia negara yang best...kata diaorang. Lanskap yang hijau, ada hujan dan macam-macam ada..
Selain dari itu, pak Arab bukan tak tahu, kami ini bukan seperti Indon atau Indian, kami ni everything dah ada. Bini, anak-anak, rumah, kereta, peralatan rumah dan seumpamanya... semua dah dimiliki. Kenapa sanggup tinggalkan semua untuk berkerja di KSA? Kenapa meninggalkan keselesaan untuk bersusah-susahan di sini? Ditambah pula dengan expenses di tanah air juga di sini yang perlu dimaintain, monthly. Expenses berganda. Untung ker?
Gila duit? Bukan budaya orang Arab menggilai money. Kalau yer, kenapa mereka tutup kedai, bank dan macam-macam public servis bila masuknya setiap waktu solat, untuk bersolat berjamaah. Tapi orang kita kata... benda macam tu jadi satu kebodohan dalam perniagaan. Rugi beb! kata orang kita. Bagi dia orang, money is nothing. Kalau simpan duit kat bank, bukan bank bagi duit kat kita...tapi kita pulak kena caj perkhidmatan kerana kita minta tolong bank simpankan duit kita. Begitulah... duit bukan matlamat. Sebab tu bawa jalan duit 10k di poket...selamber jer. Tak de apa-apa pun. Buat main-main jer... Tak caya, datanglah sini. Tengok sendiri...
Pendapatan lebih. Yer. Memang lebih. Ia umpama bonus 3 bulan di setiap bulan (kalau gaji dulu). Kelebihan duit tu pun bukan untuk disimpan, tapi untuk melangsaikan hutang. Hutang rumah, hutang kereta. Tidakkah kita dituntut untuk menjelaskan hutang? Lagi cepat kita selesaikan...lagi bagus. Betul tak? Tak masuk syurga orang yang mati meninggalkan hutang..walaupun mati di medan perang. Tidakkah ianya jadi satu kelebihan bonus...selain ada Mekah dan Madinah, kita boleh mempercepatkan tempoh berhutang.... Ada pahala tu...
Bila sudah tak de hutang.. baru datang bonus yang ke-4 tu.... Haha tambah cawangan. Bertambah lagi rezekinya. Betul tak? Tapi kalau boleh buat serentak, lagi bagus... Semua M kita dapat sekali gus. Baru bini kita respek kat kita. Tak timbullah kata 'eleh yang seorang ni pun tak terjaga'. Kita jawap balik...'Siapa yang tak jaga siapa?' Hahahaa kontroversi lagi nih...
Sekian Wassalam
JMD@KSA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment