Sunday, November 9, 2008

Ziarah Mekah: 7 NOV 2008

Bismi Allah.
Rasanya sudah 2 bulan juga aku tidak ke Mekah. Dah lama tak tengok kaabah...so, aku bersama 7 rakan yang lain telah bergerak menuju Mekah dengan menaiki 2 buah kereta, seawal jam 7:30 pagi (Khamis 6 Nov). Perjalanan mengambil masa 4 jam merentasi highway yang kiri kanannya cuma padang pasir. Aku cuma tidur jer di sepanjang perjalanan tersebut. Sedar-sedar dah sampai tempat ngeteh iaitu di masjid miqat Juhfah.

Kami sampai di lokasi lebih kurang jam 11:30 pagi dan park kereta di parking lot hotel intercontinental. Kami terus memasuki mesjidil haram untuk tawaf 'selamat datang' dan terus bersolat fardhu zohor.

Gambar: Masjid al-Haram dari 11th floor Hotel Intercontinental.

Gambar: Kaabah dari 25th floor Mekah Hilton

Selesai menunaikan tawaf sunat dan solat zohor, kami melantak dulu di FELDA DiSAJIdan terus check in di hotel Mekah Hilton. Betul-betul menghadap mesjid melalui King Fhad Gate (no79). Sementara menunggu waktu asar, sempat juga kami berehat.

Pada sebelah petang, kami isi masa dengan menjelajah shopping komplek disekitar... Tak tahu nak cari apa.. Kalau shopping, Madinah lagi best.

Malamnya kami tidur awal untuk bangun jam 3 pagi. Kalau jam 3 pagi, tak ramai sangat orang, so senanglah sikit nak kucup hajar aswad ker, bedoa kat Hijr Ismail ker, di Multazam ker... Kalau tak...pasti berebut-rebut...lebih-lebih lagi dah nak masuk musim haji ni...


Gambar: Kaabah dari dataran di waktu Subuh. Jemaah haji sudah mula membanjiri..

Gambar: Kaabah dari 2nd floor...sebelum solat jumaat...
Dipendekkan cerita selesai sahaja solat jumaat kami sekali lagi buat tawaf sunat dan terus check out hotel untuk balik ke Yanbu. Dalam perjalanan, dapat juga driver kami surat saman kerana memandu laju. Baru 175 km/hr jer.... Sampai rumah, lebihkurang jam 6 petang.
Sekian Wassalam


No comments: